Saturday, March 26, 2011

tapai~ tradisi dan Sihat

Terdapat 2 jenis tapai yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia iaitu tapai ubi dan tapai pulut terutamanya dari kalangan mereka yang tinggal di daerah pantai timur. Tapai pulut lazimnya dibuat pada usim perayaan manakala tapai ubi sering disediakan tidak kira waktu.

~tapai pulut~

~Tapai Ubi~

Tapai biasanya didapati didalam bungkusan daun pisang  dan ada juga yang menyediakan di dalam bekas plastic untuk memudahkan. Rasanya yang manis dek diperap bersama ragi  selama beberapa hari membuatkan ianya amat menyelerakan. Tapai ubi biasanya lebih diminati kerana ianya boleh disediakan dari pelbagai jenis masakan seperti tapai ubi bersama susu, tapai ubi goring dan bermacam lagi.

~tapai ubi diperbuat daripada ubi kayu~

Pasti ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa disebalik kemanisan tapai ubi tersirat juga empunyai khasiat kepada kesihatan tubuh badan manusia. Kemanisan  yang selalu mendatangkan kebimbangan kepada si penggemar dikhuatiri mendatangkan penyakit berbahaya seperti diabetes dan sebagainya,

Satu kajian yang telah  dilaksanakan oleh sekumpulan penyelidik tempatan mendapati tapai ubi mungkin mampu membantu mencegah kanser kerana mengandungi banyak bakteriosin.Kajian awal yang dijalankan oleh sekumpulan pakar di Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati, bakteriosin - sejenis protein yang dihasilkan melalui proses penapaian - memberi hasil positif terhadap aktiviti antikanser.

Dr Latifah,pensyarah UPM berkata walaupun bakteriosin dikenal pasti menunjukkan tindak balas yang positif untuk menggalakkan aktiviti antikanser, ini tidak berpotensi bagi mengubat penyakit berkenaan. Kajian yang akan dijalankan adalah kesinambungan kepada penyelidikan yang dibuat rakannya, Prof Madya Dr Foo Hooi Ling, yang berjaya mengekstrak bakteriosin berkenaan daripada tapai ubi.

tapai ubi berpotensi mencegah tujuh penyakit kanser seperti servikal, ovari, payudara dan leukemia yang sinonim dengan wanita.

sama-sama kita cegah kanser 





tapai mampu cegah kanser





1 comment:

  1. wow,serius sedap tapai...rye ni pun sye buat tapai...
    i follow u, follow mine too k :)
    http://chubbycutez09.blogspot.com/

    ReplyDelete